Powered by Blogger.
RSS

Yee Mee

Hello...

Tetiba hari ni terasa macam nak makan yee mee jek...so, japlagi akan ku beli mee sanggul aka yee mee tu...nak buat bukan susah pun. Esok aii cuti, so leh la buat.heee uOls nak tau macam mana nak buat,.,,meh aii share kan resepinya..sanghat mudah dan sedap...boleh ubah ikut citarasa masing-masing ya!!.. check it out bebeh...;p

Yee Mee Cepat dan Lazat

Bahan-bahan untuk ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul -yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-xsuke xpayah letak
  • 1 keping dada ayam- potong kecik-kecik
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara Membuat

  1. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau
  7. Akhir sekali, masukkan yee mee
Dah siap...boleh la dihidangkan..mkn panas2..peghhh berasap! heee

*nak lebih sedap...boleh pecahklan telur semasa mendidih tu n terus tutup api...kalau guna yee mee pan tu lagi senang..leh pecahkan telur satu-satu.

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

wah sedapnya.....
boleh try la resepi ni nanti.

Post a Comment