Powered by Blogger.
RSS

Roti John Mudah Sangat

Hello...Good Morning!! eh...Afternoon da...heee

Selalu kalau bangun pagi-pagi mesti terfikir apa lah yang di makan kan? kalau dah hari2 asik dengan roti bakar, kompem la boring right? haa. apa kata kali ni kita modifait sket lah roti tu...tak payah nak bakar sangar lah kan..heee..kita buat ala-ala roti john tu nak nak?? hee.. let's tengok resepinya.


Roti John Mudah


Bahan-Bahan

2-3 keping roti (empat segi tu)
Setongkol ikan sardin (nak guna tuna yg da siap pon boleh)
1 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (bersaiz sederhana)

Cara Membuat

Hancurkan ikan sardin/ tuna tadi kedalam mangkuk, masukkan 1 biji telur ayam, gaul hingga rata. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
Kemudian masukkan kan pula hirisan cili merah dan bawang besar yang telah dipotong dadu...kacau hingga rata.

Panaskan kuali leper dengan sedikit miyak/ mentega.
Letakkan bahan tadi keatas roti dan goreng hingga garing (masak).
Bila dah siap, boleh la dihidangkan dengan sos cili dan mayonis...nyummehh...

*kalu tak mahu goreng, uOlss juga boleh bakar menggunakan sandwich toaster.kapitkan dua keping roti dan bakar..nak sedap lagi, Uols boleh jugak letak kepingan Cheese kat atas tu...biar dia cair,,,fuuhhh..yum-yum yummehh

So, Selamat Mencuba..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment