Powered by Blogger.
RSS

Beef Lasagna Simple

Bismillah...

hello...
Today nak share satu resepi yang dah banyak kali jugak lah aii try...memula buat tu mang la xberapa nak menjadi sangat...hee..tp bila dah try kali ke 2, 3 n seterusnya..Alhamdulillah..menjadi ok...and my kak long siap request lagi tu suruh buat heee (nampak tak aii pandai masak kat situ?) wahahha POYO!

kali ni nak share resepi Lasagna...korang mesti pernah makan kat..ala yg dekat Pizza tu hee..tp yg ni lain skit lah..aii ambil dari blog Cik Neyra.

Beef Lasagna

pic dari google image

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 300g daging cincang Ramli Brand

* 1 botol sos spagethi (Tomato)

* 2-3 batang celery

* cendawan butang (sukahati uOls nk banyak mana)

* 2 biji tomato (potong dadu)

*capsicum (potong dadu)

* 1 biji lobak merah (dihiris halus)

* 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)

* 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)

* 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)

* Sedikit lada sulah

* Garam secukup rasa

* Gula secukup rasa

* Sekotak Instant Lasagna (brand San Remo)

* 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)

* 2 sudu besar mentega

* 4 sudu besar tepung gandum

* 1 peket Mozarella cheese (115g)

* 1-2 cawan susu

* Sedikit garam untuk perasa


Cara-cara

1. Panaskan oven 180 C

2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.

3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.

4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.

5. Masukkan sos spagethi, dan sedikit gula jika perlu.

6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

7. Sediakan sauce pan, panaskan.

8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.

9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.

10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.

12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.

13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)

14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
*Ok dah siap!! boleh la hidang makan panas2...uOls jugak boleh tukar sos tu, kalo xmau gn yang tomato, uOls boleh tukar dengan sos Carbonara and boleh tukar daging dengan seafood lain macam udang, ayam,isi ketam dan sebagainyer ok..nyuummehh.

So, Selamat Mencuba..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment