Powered by Blogger.
RSS

Sayur Campur Pekat

Hello...

Ok, tak mau cakap banyak...resepi hari ni resepi sehat ok...

Sayur Campur Goreng Pekat

bahan-bahan:

Jagung Muda
Lobak merah
Kacang pies } ikut berapa ramai nak makan
Bunga kubis
Brokoli
Cili merah

2 ulas bawang merah
dua sudu minyak masak
2 sudu tepung jagung
1/2 jag air
garam
gula
serbuk lada sulah

Cara membuat:

Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan, masukkan air. Kemudian masukkan lobak merak, brokoli, jagung muda, bunga kubis...reneh seketika. Lepas tu masukkan kacang pies dan juga cili merah yang telah dipotong serong..kacau hingga rata.masukkan garam, sedikit gula dan lada sulah
last skali, campurkan tepung jagung dengan secawan air dan masukkan kedalam kuali tadi.kacau hingga pekat, rasa dan tutup api.
dah siap...sedap dimakan macam tu sahaja, atau dimakan bersama nasi.

So, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment