Bismillahirrahmanirrahim..
Ok, today nak share resepi mudah lagi sedap. hahahha.Salmon Tempura Bersos Lada..
Bahan-bahan
Ikan Tempura
2 ketul ikan salmon
setengah bungkus tepung tempura
air sejuk (dicampur dalam tepung tempura)
Sos Lada
3 biji cili padi
2 biji cili merah } di blender hingga lumat
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah cawan air
1 batang serai diketuk
Cara membuat
Potong ikan salmon ke bentuk kiub2, celup kedalam tepung tempura dan goreng hingga
rangup.ketepikan.
dalam kuali lain, panaskan 2-3 sudu minyak, tumiskan bahan yang telah di blender tadi sehingga berbau wangi (naik minyak) tambah sedikit air (jika terlalu pekat)..
kemudian masukkan serai yang telah diketuk, tambahkan garam, gula dan serbuk perasa. kemudian tuangkan keatas ikan salmon yang te;h di goreng bersama tepung tempura tadi...
Da pun siap.. mudah dan lazat..
Selamat mencubaaa