Powered by Blogger.
RSS

Telur Bistik

OLA.....

Tamau taip bebanyak..penat puasa ni tahu..heee...jum tengok apa pula resepi sedap mudah yummy kali ni..

Telur Bistik


Bahan-bahan

2 biji telur
1/2 daging / ayam cincang (brand Ramli)
garam
serbuk lada putih

Untuk Sos Bistik

sedikit minyak
sedikit cili boh
gula
1 ulas bawang merah- dimayang
2 ulas bawang putih- di mayang
sedikit halia-dihiris nipis
sos tomato
sos cili
sos tiram
sedikit lobak merah dipotong halus
1/2 buah tomato-dipotong dadu
1 biji lada merah-dipotong serong
garam
serbuk perasa
air

Cara Membuat

Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk.kacau hingga kembang, masukkan 1/2 daging / ayam cincang,sedikit garam dan sedikit serbuk lada sulah. Kemudian goreng hingga betul2 masak.Toskan dan letakkan kedalam pinggan.

Sos Bistik

Panaskan kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.masukkan sedikit cili boh dan gula.kacau hingga naik bau.kemudian masukkan sedikit air.
masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, sedikit garam dan sedikit serbuk perasa.biarkan hingga mendidih.

Kemudian masukkan pula hirisan lobak merah, hirisan cili merah, hirisan halia dan buah tomato yang dipotong dadu.kacau lagi hingga bebetul sebati.Bila da masak (agak pekat) boleh la tuangkan keatas telur yang di goreng tadi.Tadaaaa da pun siap.Enak dimakan bersama nasi panas-panas ok.

* kalau nk letak mix vege pon boleh, nak tambah vege lain selain lobak merah pon boleh.tambahkan jugak hirisan bawang besar dipotong bulat-bulat*

*resepi asal di Myresepi.com

SELAMAT MENCUBA!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Rebus Campak-campak

Ola...

Semalam rasa macam malas nak berbuka dengan nasi.So, dengan rajinnya telah membuat mee rebus simple jek la.men campak2 jek bahan2 yang ada.Sekali bila nk berbuka tu kan, slrrpp masuk lam mulut.Alamak! tawaqqqq..huhuhu..seb bek la sempat lg la tambah garam ..heeee nak tau acaner membuatnya..meh nk ajar.heee

Mee Rebus Campak2



Bahan-bahan

Mee hoon/ mee kuning
Bawang merah dimayang
Bawang putih di ketuk
sedikit minya untuk menumis
3 cawan air
Ayam di potong dadu
beberapa ekor udang
2 biji telur
bebola ayam
Sawi
Kubis
Lobak merah
Sedikit lada hitam-ditumbuk2 kasar
garam
Kiub ayam

Cara membuat

Celurkan dulu meehoon/mee kuning tadi hingga lembut

Dalam periuk masukkan 2 sudu minyak, tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih yang diketuk tadi hingga kekuningan.Kemudian masukkan 3 cawan air. Masukkan pula hirisan ayam, udang, dan lobak merah.Biarkan hingga mendidih.
Masukkan pula udang dan bebola ayam tadi.Masukkan pula sawi, kubis.kacau sekejap.Masukkan garam, kiub ayam. Pecahkan 2 biji telur.biarkan sebentar sebelum mengacau.takut nanti telur tu hancur.Bila telur da mengeras, baru la masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi.Kacau lagi hingga mendidih.
Kemudian boleh la dihidangkan....kalau suka pedas, boleh tambah lada hitam lagi..tak pun boleh juga tambahkan hirisan cili padi+ cuka...nyummy...

*sebagai tambahan, letakkan hirisan cili merah, limau nipis dan jugak soo hoon yang telah di goreng.

Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Black Pepper

Ola....

Selamat manjalani ibadah puasa hari ke 7 ok....sekejap je rasa, dah seminggu kan kita berpuasa.
Ok today nk share satu resepi yang enak di try time2 nak berbuka ni.senang jek.

Daging Black Pepper


Bahan-bahan
Setengah paket daging lembu (daging sejuk beku) kalau nak guna daging segar lagi elok.

sedikit minyak masak
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam lada hitam
sos tiram
garam
serbuk perasa
2 sudu tepung jagung
bawang besar (dipotong bulat-bulat)


cara membuat

Potong daging kecil-kecil dan rebuskan selama lebih kurang satu jam Untuk pastikan daging tu betul-betul lembut.

Masukkan bawang besar, bawang merah,bawang putih dan lada hitam kedalam lesung.Tumbuk hingga lumat. kalau nak guna blender pon boleh, tapi jangan blend terlalu lama.takut dia berair dan hancur sangat.

Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.masukkan sos tiram, garam dan sedikit serbuk perasa, masukkan air rebusan daging tadi. kemudian baru masukkan daging yang telah direbus.kacau lagi.last sekali masukkan bancuhan tepung jagung bertujuan supaya memekatkan kuah black pepper.untuk hiasan, boleh letakkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
da siap.Boleh la dihidangkan dengan nasi panas.yummy...

* kalau suka pedas, boleh jugak tambah beberapa biji cili padi yang telah ditumbuk.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Oreo

Holla..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...hari ni hari ke-2 kita berpuasa kan.So amacam? boleh tahan? heee...
Hari ni nak share satu resepi yang mungkin korang boleh mentry waktu berbuka nanti.Untuk dessert ok..

Puding Oreo

pic google jek sebb tak sempat nak snap semalam

Bahan-bahan

1 Paket agar-agar
12 sudu besar gula
1/2 tin susu cair/ sejat
15 sudu besar milo (serbuk koko)
10 ketul biskut oreo ( ditumbuk hingga hancur)

Cara membuat

1. masak agar-agar hingga mendidih
2. masukkan gula + susu cair kacau hingga mendidih
3. masukkan milo/serbuk coklat
4. Tuang separuh bancuhan dalam loyang- biarkan selama 5 minit
5. Taburkan kepingan biskut oreo ketas loyang tadi
6. Tuangkan lebihan bancuhan tadi ketas biskut oreo.
7. Biarkan sekejap hingga sejuk sebelum masukkan ke dalam peti ais.

Dah siap!!....


So, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Char Kuey Teow

OLA!!!..

Lagi 3 hari kita nak masuk Bulan Ramadhan dah kan..hee macam tak sabar la pulak kan. Semangat ni...heeee...hari tu masa pergi rumah kak long dekat mersing, dia ada bagi sebotol sos char kuey teow. Kawan dia yang balik ke kedah belikan.So, semalam adalah proses percubaan membuat char kuey teow..heee...Alhamdulillah..sedap la jugak..sama jek macam yang kat kedai tu ha...
nak tau resepi? jom tengok.

Char Kuey Teow Segera


Bahan-bahan- 1 orang makan

Sos Char kuey teow (6 sudu untuk secekak kuey tew)
3-4 ekor udang segar
Kerang yang telah di rebus dan dikopek.
Taugeh
air
minyak
daun kucai
1 biji telur

Cara Membuat

Masukkan minyak, masukkan udang...kacau-kacau hingga udang masak, masukkan air..masukkan 6 sudu sos char kuey teow...kacau2 lagi. masukkan secekak kuey teow, kacau hingga rata.
Kemudian masukkan taugeh dan kerang. Pecahkan sebiji telur (jangan kacau). last sekali masukkan daun kucai.dan terus hidangkan kedalam pinggan.SIAP!


*kalau rasa tawar, boleh tambahkan sedikit garam atau kicap masin/ manis. kalau suka, boleh perahkan sedikit limau kasturi.yummeh....sedapppp...

SO, SELAMAT MENCUBA!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Tilapia Goreng Berlada

Hello...

Today nak share resepi yang baru jek i makan semalam iaitu

Ikan Tilapia Goreng Berlada.



Bahan-Bahan:

Ikan:
1 ekor ikan tilapia (dipotong dua kalau besar) yang telah dibersihkan dengan air garam (hilangkan hanyir)
serbuk kunyit
garam
Minyak masak

Sambal Lada

segenggam cili padi
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu teh garam
3 sudu gula


cara membuat:

Ikan :

Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam, goreng dengan minyak yang banyak sehingg agak garing.Bila dah masak, angkat dan toskan.

Sambal lada :

Blender kan kesumua bahan2 tadi, cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih.kemudian tumiskan bersama sedikit minyak hingga naik bau...masukkan air asam jawa, kacau hingga rata.Masukkan pula serai yang telah diketuk.
masukkan garam dan gula..kacau hingga sebati...
Setelah masak, tutu api dan tuangkan keatas ikan yang telah di goreng tadi.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi...

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayur Campur Pekat

Hello...

Ok, tak mau cakap banyak...resepi hari ni resepi sehat ok...

Sayur Campur Goreng Pekat

bahan-bahan:

Jagung Muda
Lobak merah
Kacang pies } ikut berapa ramai nak makan
Bunga kubis
Brokoli
Cili merah

2 ulas bawang merah
dua sudu minyak masak
2 sudu tepung jagung
1/2 jag air
garam
gula
serbuk lada sulah

Cara membuat:

Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan, masukkan air. Kemudian masukkan lobak merak, brokoli, jagung muda, bunga kubis...reneh seketika. Lepas tu masukkan kacang pies dan juga cili merah yang telah dipotong serong..kacau hingga rata.masukkan garam, sedikit gula dan lada sulah
last skali, campurkan tepung jagung dengan secawan air dan masukkan kedalam kuali tadi.kacau hingga pekat, rasa dan tutup api.
dah siap...sedap dimakan macam tu sahaja, atau dimakan bersama nasi.

So, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti Pizza Sosej

hello...

Apa khabar semua? tak mau cakap banyak, hari ni nak share resepi yang sedap dan mudah. Boleh dinikmati waktu sarapan atau pun dinner/ supper .Bagi sesiapa yang berdiet nasi pun boleh mencuba ok.
Resepi hari ni diberi nama

Roti Pizza Sosej

pic dari google (sebelum dibakar)
bahan-bahan:

Sebuku Roti Gardinear
5 batang sosej daging/ ayam
sayur campur
cili merah/hijau
Mozarella Cheese/ slice cheese
sos lada hitam/sos spageti pon boleh

Cara membuat

Sapukan sos,letakkan sayur campur, sosej yang telah di potong nipis-nipis, cili merah yang telah dipotong serong2 dan taburkan cheese.bakar didalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit (atau sehingga cheese cair dan kekuningan)
Dah siap...dan boleh la dimakan...sedap dan sangt mudah serta jimat..heee..

*nak lagi sedap, uOls boleh tambahkan bahan2 lain untuk topping macam cendawan butang, daging ayam dan sebagainya..lagi banyak bahan topping lagi sedap..heee

SO, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Nasi Impit dengan Sambal Kelapa

hello..

sorry agak bz dengan masjlis kawen pula time-cuti cam ni..so hari ni nak share satu resepi ni..
dh lama xmakan ni....masa balik kampung 2 hari lepas..abah der belikan..2 hari berturut2 pulak tu..hambek..lepas gian nak makan..heee
pe dia...ni haa...

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa

Nasi impit segera/ yang buat sendiri pon boleh...

bahan-bahan sambal kelapa

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa

*Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru best!

Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat.Da siap!
Sesapa yang tak pernah try tu...haa...try lah yer...sedap banget neh.....kalao kat terengganu ni...kat kg2 senang la nak dapat..kalao kat erea2 vandar agak ssh la nk dapat....yang bebetul sedap...

So, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi: Dadih Strawberry

HeLLo!!!!!

Sorry guys..dah lama tak update blog ni.huhuhu..bukan pe, cuma macam xder idea nak bagi resepi apa yang mudah2..heee...
Oklah..sebagai tanda minta maaf, today nak bagi resepi paling mudah dan sedap dan yang paling penting dingin dan sejukkk..heee...

Dadih Strawberry


Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar (serbuk)
1 kotak susu HD perisa Strawberry
1/2 Susu pekat manis/ 8 sudu gula (boleh kurangkan jika terlalu manis)
100ml air

cara membuat:

Masakkan air bersama dengan agar-agar sehingga cair, masukkan susu pekat/ gula (ikut pilihan)
kacau perlahan-lahan, kemudian masukkan satu kotak susu HL perisa strawberry, kacau lagi hingga semuanya larut dan sebati.
Biarkan sejuk seketika..tuangkan kedalam acuan/bekas plastik dan sejuk kan kedalam peti ais..
Boleh dimakan apabila betul-betul sejuk....nyummy....
Sangat best ok makan time2 panas macam ni..heee
So, Selamat Mencuba!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Singgang Mudah

hello.......
Sorry...agak lama tak mengupdate blog ni..heee...
I bercuti 3 hari ok..
ok lah today nak share resepi teramat mudah....

Resepi Ikan Singgang
pic from google img

Bahan-bahan

Ikan tongkol/selar/kembung (atau apa sahaja ikan yang uols suka-tak bisisik)
2 cawan air
3 keping asam gelugor/ keping
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam
4-5 biji Cili padi
1 inci kunyit hidup (jika ada)

Cara Membuat

Letak kan air kedalam periuk, masukkan ikan, garam, serbuk kunyit, asam keping,kunyit hidup, bawang putih dan cili padi.
Biarkan ia mendidih sehingga ikan masak.rasa and tutup api... dah siap!
*boleh dimakan dengan nasi panas2, telur dadar,ulaman timun, kalau suka boleh jugak sediakan sambal belacan/ budu.(tapi i xsuke budu/belacan) perghh..kompem terangkat beb!

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Masak Ala Vietnam

Hello..
sorry...dah agak alama kot tak update blog ni..huhuhu agak blur beberapa hari ni.banyak pulak benda yang nak kena buat...nak kena fikir..hurrmm...
Today nak share satu resepi masakan ayam.Resepi ni umi i ambil dari rancangan masakan dari Chef Wan.dah lama kot..lupa pulak tahun berapa. Jum kita masak..

Ayam Vietnam


Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam (potong sederhana)
santan peket (serbuk/cair)-nak guna santan baisa lagi baik-lebih kurang setengah biji
3 ulas bawang merah-dimayang halus
3 ulas bawang putih -dimayang halus
3 sudu besar serbuk kari
4 helai daun limau purut
2 batang daun kari
2 batang serai (dititik)
2 sudu besar cili boh
2 ketul asam keping
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
minyak masak-(menumis)
1 cawan air

Cara masak:

Panaskan minyak didalam kuali/periuk, Tumiskan bawang merah dan bawang putih ,cili boh dan rempah kari hingga naik bau, masukkan sedikit air, masukkan ayam gaul hingga rata.(biarkan ia direneh sekejap)

Masukkn santan, kacau perlahan2, masukkn daun kari, serai yang di titik, daun limau purut,asam keping.Kacau hingga rata,tutup sekejap.Bila da naik bau, masukkn sedikit garam dan gula. biarkan hingga masak...masakan ini agak pekat...so kurangkan air..

Sedia untuk di hidang...nyummy...

So, Selamat Mencuba




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Bebola Sardin





Hello..

Ok hari ni jumaat, and i cuti.So kalau da cuti maksudnya tak kerja lah kan.heee..
So terfikir-fikir jugak apa lah nak makan petang ni. Nak buat yang mudah2 jek la.Guna bahan yang ada dalam almari dapur tu.Hurm,..last2 dapat idea nak buat Bebola sardin.Ni resepi my sis..dia memang suka buat bebola sardin ni.hee..
Jom tengok resepinya.

Bebola Sardin

Bold
Bahan-bahan

2 ketul sardin
1 biji telur
2 keping roti
sedikit air
garam
susu pekat manis
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
sedikit tepung gandum
minyak untuk menggoreng.

Cara Membuatnya

Hancurkan sardin, masukkan sebiji telur, kacau hingga sebati.masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.Masukkan roti yang telah di racik-racik, gaul hingga sebati.Masukkan sedikit tepung untuk melekatkan adunan tadi.last skali masukkn susu pekat masis yg dibancuh dengan air.
Bentukkan adunan tadi menjadi bulat-bulat seperti bebola.Goreng menggunakan minyak yang panas.Dah siap.
*makan dengan sos cili dan mayonis...maveles...untuk minum petang atau sarapan...

So, Selamat Mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yee Mee

Hello...

Tetiba hari ni terasa macam nak makan yee mee jek...so, japlagi akan ku beli mee sanggul aka yee mee tu...nak buat bukan susah pun. Esok aii cuti, so leh la buat.heee uOls nak tau macam mana nak buat,.,,meh aii share kan resepinya..sanghat mudah dan sedap...boleh ubah ikut citarasa masing-masing ya!!.. check it out bebeh...;p

Yee Mee Cepat dan Lazat

Bahan-bahan untuk ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul -yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-xsuke xpayah letak
  • 1 keping dada ayam- potong kecik-kecik
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara Membuat

  1. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau
  7. Akhir sekali, masukkan yee mee
Dah siap...boleh la dihidangkan..mkn panas2..peghhh berasap! heee

*nak lebih sedap...boleh pecahklan telur semasa mendidih tu n terus tutup api...kalau guna yee mee pan tu lagi senang..leh pecahkan telur satu-satu.

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Strawberry Milk Shake

Hello...
heeee... ok hari ni mari kita buat minuman pulak yer....mudah sahaja..sedap pon sedap. hari ni kita try buat Strawberry Milkshakes... jom tgk resepinya.

Strawberry Milkshake


PIC FROM GOOGLE IMAGE

Bahan-bahan:

1 paket buah stawberry (7-8 biji)
2 cawan susu segar
1 cawan aiskrim perisa vanilla
Gula secukup rasa
Sedikit ketulan ais

Cara membuat
Belah 2 buah strawberry,
Masukkan strawberry, susu segar, aiskrim dan sedikit gula ke dalam blender,
blend sehingga hancur
Masukkan ke dalam gelas dan letaklah sedikit ketulan ais.


*kalau tak nak letak aiskrim pun xpe...ikut selera masing2 yer.

So, Selamat mencuba


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Sup Sayur Sihat

Hello..
Today meh kita buat resepi kesihatan pula yer kawan-kawan..heee...
ni resepi untuk sesiapa la nak berdiet kan..malam2 kalau xmo makan yang berat2....kalau hari2 makan salad so boring jugak kan..so pekata kalau kita buat sup! haa... sup kurang minyak..
Today nak share resepi :

Sup Sayur Sihat

pic from google image

Bahan-bahan

Sedikit kubis
1 biji petola
2 biji cili merah
1 biji carrot (lobak merah)
sedikit brokoli
1 Batang Saleri
3 batang sawi
1 paket jagung muda
3 biji tomato cherry
Serbuk/ pati ayam/ secukup rasa
serbuk lada putih
minyak sedikit
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
Bebola Ayam -ikut suka berapa banayk (chicken Ball segera)
Beberapa ekor udang (kalau suka)
Air
Cara Membuat

Panaskan periuk dengan sesudu miyak, masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih yang telah di cindang halus.Kemudian masukan air.
Masukkan sayur sayuran yang lambat empuk dulu macam carrot,batang saleri dan jagung muda.Biarkan mendidih sekejap.
Masukkan udang, dan sayur-sayuran lain.petola, Kubis, sawi,brokoli.Masukkan Chicken ball...biar hingga mendidih.Masukkan serbuk pati ayam, garam sedikit (kalau suka).sedikit serbuk lada putih.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.Last sekali barulah masukkan tomato cherry dan cili merah. Dan tutup api.Dah siap!!

*Tak perlu masak lama-lama yer, nanti kalau sayur dah terlalu layu hilang zat dia.

*Boleh makan terus cam tu jek.Kalau bg uOls yang tak berdiet tu, boleh la makan dengan nasi, mee,pasta atau pun roti.heeee

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Ayam Goreng Kunyit 'Sentap' AkulahYash

Hello..
ok..hari ni...nak share resepi lagi yer..kali ni masakan ayam pulak..dapat idea dan inspirasi dr dekyash yer uOlss...nama masakan dia ialah...taaadaa..
Ayam Goreng Kunyit Sentap AkulahYash ha panjang nak meninggal ok nama masakan ni hahha...tp sangatlah mudah dan sedap...walllah..tak caye? moh la kita cuba try test tengok jappp...

Ayam Goreng Kunyit 'Sentap' AkulahYash

pic dari google

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit rempah/ serbuk kari
sedikit garam
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
beberapa batang kacang panjang
minyak (untuk menggoreng)

Cara Membuat

Potong ayam...ikutlah sama ada nk besar2 atau nk potong kecik2 kan..gaulkan ayam tadi dengan serbuk kunyit, serbuk kari, garam..perap sekejap.
Lepastu panaskan kuali dengan sedikit minyak...masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng hingga kekuningan dan agak2 garing....masukkan kacang panjang yang telah dipotong, cili merah yang dipotong serong-serong.(kalau kering sangat, masukkn sedikit air) gaul hingga sebati.
Dan last sekali masukkan bawang besar yang dipotong buiat2..kacau sekejap dan tutup api.
Dah boleh makan hee..

*pastikan uOls goreng2 dengan perasaan SENTAP yer..hahahha br leh panggil 'Ayam Goreng Kunyit Sentap AkulahYash'..wakakka..gurau..;p

So selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti John Mudah Sangat

Hello...Good Morning!! eh...Afternoon da...heee

Selalu kalau bangun pagi-pagi mesti terfikir apa lah yang di makan kan? kalau dah hari2 asik dengan roti bakar, kompem la boring right? haa. apa kata kali ni kita modifait sket lah roti tu...tak payah nak bakar sangar lah kan..heee..kita buat ala-ala roti john tu nak nak?? hee.. let's tengok resepinya.


Roti John Mudah


Bahan-Bahan

2-3 keping roti (empat segi tu)
Setongkol ikan sardin (nak guna tuna yg da siap pon boleh)
1 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (bersaiz sederhana)

Cara Membuat

Hancurkan ikan sardin/ tuna tadi kedalam mangkuk, masukkan 1 biji telur ayam, gaul hingga rata. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
Kemudian masukkan kan pula hirisan cili merah dan bawang besar yang telah dipotong dadu...kacau hingga rata.

Panaskan kuali leper dengan sedikit miyak/ mentega.
Letakkan bahan tadi keatas roti dan goreng hingga garing (masak).
Bila dah siap, boleh la dihidangkan dengan sos cili dan mayonis...nyummehh...

*kalu tak mahu goreng, uOlss juga boleh bakar menggunakan sandwich toaster.kapitkan dua keping roti dan bakar..nak sedap lagi, Uols boleh jugak letak kepingan Cheese kat atas tu...biar dia cair,,,fuuhhh..yum-yum yummehh

So, Selamat Mencuba..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beef Lasagna Simple

Bismillah...

hello...
Today nak share satu resepi yang dah banyak kali jugak lah aii try...memula buat tu mang la xberapa nak menjadi sangat...hee..tp bila dah try kali ke 2, 3 n seterusnya..Alhamdulillah..menjadi ok...and my kak long siap request lagi tu suruh buat heee (nampak tak aii pandai masak kat situ?) wahahha POYO!

kali ni nak share resepi Lasagna...korang mesti pernah makan kat..ala yg dekat Pizza tu hee..tp yg ni lain skit lah..aii ambil dari blog Cik Neyra.

Beef Lasagna

pic dari google image

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 300g daging cincang Ramli Brand

* 1 botol sos spagethi (Tomato)

* 2-3 batang celery

* cendawan butang (sukahati uOls nk banyak mana)

* 2 biji tomato (potong dadu)

*capsicum (potong dadu)

* 1 biji lobak merah (dihiris halus)

* 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)

* 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)

* 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)

* Sedikit lada sulah

* Garam secukup rasa

* Gula secukup rasa

* Sekotak Instant Lasagna (brand San Remo)

* 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)

* 2 sudu besar mentega

* 4 sudu besar tepung gandum

* 1 peket Mozarella cheese (115g)

* 1-2 cawan susu

* Sedikit garam untuk perasa


Cara-cara

1. Panaskan oven 180 C

2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.

3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.

4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.

5. Masukkan sos spagethi, dan sedikit gula jika perlu.

6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

7. Sediakan sauce pan, panaskan.

8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.

9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.

10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.

12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.

13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)

14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
*Ok dah siap!! boleh la hidang makan panas2...uOls jugak boleh tukar sos tu, kalo xmau gn yang tomato, uOls boleh tukar dengan sos Carbonara and boleh tukar daging dengan seafood lain macam udang, ayam,isi ketam dan sebagainyer ok..nyuummehh.

So, Selamat Mencuba..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Salmon BerYogurt

Hello...
Ok resepi yang ketiga untuk hari ini....semangat giler ok update blog ni.Bukan apa, acttually i just copy n paste dari blog aii yang lagi satu tu. Blog ni ha
eiyda.

Resepi yang ketiga ni sangat-sangat lah senang dan mudah. Sesiapa pun boleh try buat tau. Rasanya sangat sedap dan banyak khasiatnyer.Nak2 untuk uOls yang tengah berdiet sakan tu yer heee

Ikan Salmon Bakar Beryogurt

pic cilok from google image
Bahan-bahan

2-3 keping ikan salmon (ikut pada berapa orang nak makan)
150-200 gram yogurt natural (asli)
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Serbuk cili (kalau suka pedas)

Cara Membuat

1. Panaskan kuali / oven
2. susun ikan kedalam dulang
3. taburkan garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
4. ratakan yogurt ketas ikn tadi
5. bakar sehingga masak/keorengan.
6.keluarkan dan boleh la dihidangkan dengan salad, tomato.

*nak makan cam tu je pun boleh, nak buat lauk ngan nasi pun boleh, nak makan dengan pasta, roti pon boleh,,ikut kesukaan hati uOls lah yer...

Selamat mencuba...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Stew Ayam Ringkas

Hello..heee oleh kerana aii bosan, xtau nak buat apa.So dengan kerajinan dan semangat wajarnyer ececeh..ai nak update lagi satu resepi. Resepi ni pun sangatlah mudah dan sedap..apa dia? jeng2..jom tengok !

Stew Ayam Simple


Bahan-bahan

Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)

1 ulas bawang besar

3-4 biji Bunga cengkih

Bunga lawang

kulit kayu manis

air

lada sulah

garam secukup rasa

2 biji ubi kentang

1 biji lobak merah

sedikit tepung jagung +sedikit air

Cara-cara Membuat

Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.

Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang uOls nak).

Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).

masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)

Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi). Ikut kesukaan uOls samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.

Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.



Selamat Mencuba yer...heeee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fruits Cocktail Mudah

Hai semua....apa khabar? sehat ke tidak? heee...
Ok..ini my first resepi dekat my new blog ok..

Resepi paling mudah, senang , cepat dan LAZAT!! nyummehh..

Resepi hari ni, ialah Koktail buah-buahan atau dalam bahasa inggerisnya kita panggil

Fruits Cocktail.


Bahan-bahan

1 tin buah dalam tin (fruits cocktail)
1 tin susu cair/ susu segar
3 sudu besar gula
ais ketul
sedikit air

Cara Membuat

Bancuhkan 3 sudu gula kedalam bekas.... masukkan 1 tin buah cocktail tadi, masukkan juga 1 tin susu cair/ susu segar. I lebih suka guna susu cair, sebab rasa dia lebih lemak dan warna dia lebih cantik.Masukkan ketulan ais tadi dan sedikit air (kalau terlalu pekat).. siap!

*kalau uols tak suka guna ais ketul, takut dia akan rasa tawar bila ais tu cair.Uols boleh bancuh kesemua bahan-bahan tadi, lepas tu masukkan kedalam freezer..biar dalam setengah jam ke, baru dihidangkan.Makan sejuk2 memang best!

So..selamat mencuba ya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS