Powered by Blogger.
RSS

Ikan Tilapia Goreng Berlada

Hello...

Today nak share resepi yang baru jek i makan semalam iaitu

Ikan Tilapia Goreng Berlada.



Bahan-Bahan:

Ikan:
1 ekor ikan tilapia (dipotong dua kalau besar) yang telah dibersihkan dengan air garam (hilangkan hanyir)
serbuk kunyit
garam
Minyak masak

Sambal Lada

segenggam cili padi
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu teh garam
3 sudu gula


cara membuat:

Ikan :

Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam, goreng dengan minyak yang banyak sehingg agak garing.Bila dah masak, angkat dan toskan.

Sambal lada :

Blender kan kesumua bahan2 tadi, cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih.kemudian tumiskan bersama sedikit minyak hingga naik bau...masukkan air asam jawa, kacau hingga rata.Masukkan pula serai yang telah diketuk.
masukkan garam dan gula..kacau hingga sebati...
Setelah masak, tutu api dan tuangkan keatas ikan yang telah di goreng tadi.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi...

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayur Campur Pekat

Hello...

Ok, tak mau cakap banyak...resepi hari ni resepi sehat ok...

Sayur Campur Goreng Pekat

bahan-bahan:

Jagung Muda
Lobak merah
Kacang pies } ikut berapa ramai nak makan
Bunga kubis
Brokoli
Cili merah

2 ulas bawang merah
dua sudu minyak masak
2 sudu tepung jagung
1/2 jag air
garam
gula
serbuk lada sulah

Cara membuat:

Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan, masukkan air. Kemudian masukkan lobak merak, brokoli, jagung muda, bunga kubis...reneh seketika. Lepas tu masukkan kacang pies dan juga cili merah yang telah dipotong serong..kacau hingga rata.masukkan garam, sedikit gula dan lada sulah
last skali, campurkan tepung jagung dengan secawan air dan masukkan kedalam kuali tadi.kacau hingga pekat, rasa dan tutup api.
dah siap...sedap dimakan macam tu sahaja, atau dimakan bersama nasi.

So, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti Pizza Sosej

hello...

Apa khabar semua? tak mau cakap banyak, hari ni nak share resepi yang sedap dan mudah. Boleh dinikmati waktu sarapan atau pun dinner/ supper .Bagi sesiapa yang berdiet nasi pun boleh mencuba ok.
Resepi hari ni diberi nama

Roti Pizza Sosej

pic dari google (sebelum dibakar)
bahan-bahan:

Sebuku Roti Gardinear
5 batang sosej daging/ ayam
sayur campur
cili merah/hijau
Mozarella Cheese/ slice cheese
sos lada hitam/sos spageti pon boleh

Cara membuat

Sapukan sos,letakkan sayur campur, sosej yang telah di potong nipis-nipis, cili merah yang telah dipotong serong2 dan taburkan cheese.bakar didalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit (atau sehingga cheese cair dan kekuningan)
Dah siap...dan boleh la dimakan...sedap dan sangt mudah serta jimat..heee..

*nak lagi sedap, uOls boleh tambahkan bahan2 lain untuk topping macam cendawan butang, daging ayam dan sebagainya..lagi banyak bahan topping lagi sedap..heee

SO, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Nasi Impit dengan Sambal Kelapa

hello..

sorry agak bz dengan masjlis kawen pula time-cuti cam ni..so hari ni nak share satu resepi ni..
dh lama xmakan ni....masa balik kampung 2 hari lepas..abah der belikan..2 hari berturut2 pulak tu..hambek..lepas gian nak makan..heee
pe dia...ni haa...

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa

Nasi impit segera/ yang buat sendiri pon boleh...

bahan-bahan sambal kelapa

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa

*Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru best!

Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat.Da siap!
Sesapa yang tak pernah try tu...haa...try lah yer...sedap banget neh.....kalao kat terengganu ni...kat kg2 senang la nak dapat..kalao kat erea2 vandar agak ssh la nk dapat....yang bebetul sedap...

So, Selamat Mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS