Powered by Blogger.
RSS

Resepi: Dadih Strawberry

HeLLo!!!!!

Sorry guys..dah lama tak update blog ni.huhuhu..bukan pe, cuma macam xder idea nak bagi resepi apa yang mudah2..heee...
Oklah..sebagai tanda minta maaf, today nak bagi resepi paling mudah dan sedap dan yang paling penting dingin dan sejukkk..heee...

Dadih Strawberry


Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar (serbuk)
1 kotak susu HD perisa Strawberry
1/2 Susu pekat manis/ 8 sudu gula (boleh kurangkan jika terlalu manis)
100ml air

cara membuat:

Masakkan air bersama dengan agar-agar sehingga cair, masukkan susu pekat/ gula (ikut pilihan)
kacau perlahan-lahan, kemudian masukkan satu kotak susu HL perisa strawberry, kacau lagi hingga semuanya larut dan sebati.
Biarkan sejuk seketika..tuangkan kedalam acuan/bekas plastik dan sejuk kan kedalam peti ais..
Boleh dimakan apabila betul-betul sejuk....nyummy....
Sangat best ok makan time2 panas macam ni..heee
So, Selamat Mencuba!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Singgang Mudah

hello.......
Sorry...agak lama tak mengupdate blog ni..heee...
I bercuti 3 hari ok..
ok lah today nak share resepi teramat mudah....

Resepi Ikan Singgang
pic from google img

Bahan-bahan

Ikan tongkol/selar/kembung (atau apa sahaja ikan yang uols suka-tak bisisik)
2 cawan air
3 keping asam gelugor/ keping
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam
4-5 biji Cili padi
1 inci kunyit hidup (jika ada)

Cara Membuat

Letak kan air kedalam periuk, masukkan ikan, garam, serbuk kunyit, asam keping,kunyit hidup, bawang putih dan cili padi.
Biarkan ia mendidih sehingga ikan masak.rasa and tutup api... dah siap!
*boleh dimakan dengan nasi panas2, telur dadar,ulaman timun, kalau suka boleh jugak sediakan sambal belacan/ budu.(tapi i xsuke budu/belacan) perghh..kompem terangkat beb!

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS