Powered by Blogger.
RSS

Stew Ayam Ringkas

Hello..heee oleh kerana aii bosan, xtau nak buat apa.So dengan kerajinan dan semangat wajarnyer ececeh..ai nak update lagi satu resepi. Resepi ni pun sangatlah mudah dan sedap..apa dia? jeng2..jom tengok !

Stew Ayam Simple


Bahan-bahan

Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)

1 ulas bawang besar

3-4 biji Bunga cengkih

Bunga lawang

kulit kayu manis

air

lada sulah

garam secukup rasa

2 biji ubi kentang

1 biji lobak merah

sedikit tepung jagung +sedikit air

Cara-cara Membuat

Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.

Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang uOls nak).

Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).

masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)

Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi). Ikut kesukaan uOls samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.

Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.



Selamat Mencuba yer...heeee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment