Powered by Blogger.
RSS

Ayam Masak Ala Vietnam

Hello..
sorry...dah agak alama kot tak update blog ni..huhuhu agak blur beberapa hari ni.banyak pulak benda yang nak kena buat...nak kena fikir..hurrmm...
Today nak share satu resepi masakan ayam.Resepi ni umi i ambil dari rancangan masakan dari Chef Wan.dah lama kot..lupa pulak tahun berapa. Jum kita masak..

Ayam Vietnam


Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam (potong sederhana)
santan peket (serbuk/cair)-nak guna santan baisa lagi baik-lebih kurang setengah biji
3 ulas bawang merah-dimayang halus
3 ulas bawang putih -dimayang halus
3 sudu besar serbuk kari
4 helai daun limau purut
2 batang daun kari
2 batang serai (dititik)
2 sudu besar cili boh
2 ketul asam keping
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
minyak masak-(menumis)
1 cawan air

Cara masak:

Panaskan minyak didalam kuali/periuk, Tumiskan bawang merah dan bawang putih ,cili boh dan rempah kari hingga naik bau, masukkan sedikit air, masukkan ayam gaul hingga rata.(biarkan ia direneh sekejap)

Masukkn santan, kacau perlahan2, masukkn daun kari, serai yang di titik, daun limau purut,asam keping.Kacau hingga rata,tutup sekejap.Bila da naik bau, masukkn sedikit garam dan gula. biarkan hingga masak...masakan ini agak pekat...so kurangkan air..

Sedia untuk di hidang...nyummy...

So, Selamat Mencuba




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Bebola Sardin





Hello..

Ok hari ni jumaat, and i cuti.So kalau da cuti maksudnya tak kerja lah kan.heee..
So terfikir-fikir jugak apa lah nak makan petang ni. Nak buat yang mudah2 jek la.Guna bahan yang ada dalam almari dapur tu.Hurm,..last2 dapat idea nak buat Bebola sardin.Ni resepi my sis..dia memang suka buat bebola sardin ni.hee..
Jom tengok resepinya.

Bebola Sardin

Bold
Bahan-bahan

2 ketul sardin
1 biji telur
2 keping roti
sedikit air
garam
susu pekat manis
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
sedikit tepung gandum
minyak untuk menggoreng.

Cara Membuatnya

Hancurkan sardin, masukkan sebiji telur, kacau hingga sebati.masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.Masukkan roti yang telah di racik-racik, gaul hingga sebati.Masukkan sedikit tepung untuk melekatkan adunan tadi.last skali masukkn susu pekat masis yg dibancuh dengan air.
Bentukkan adunan tadi menjadi bulat-bulat seperti bebola.Goreng menggunakan minyak yang panas.Dah siap.
*makan dengan sos cili dan mayonis...maveles...untuk minum petang atau sarapan...

So, Selamat Mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yee Mee

Hello...

Tetiba hari ni terasa macam nak makan yee mee jek...so, japlagi akan ku beli mee sanggul aka yee mee tu...nak buat bukan susah pun. Esok aii cuti, so leh la buat.heee uOls nak tau macam mana nak buat,.,,meh aii share kan resepinya..sanghat mudah dan sedap...boleh ubah ikut citarasa masing-masing ya!!.. check it out bebeh...;p

Yee Mee Cepat dan Lazat

Bahan-bahan untuk ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul -yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)-xsuke xpayah letak
  • 1 keping dada ayam- potong kecik-kecik
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara Membuat

  1. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau
  7. Akhir sekali, masukkan yee mee
Dah siap...boleh la dihidangkan..mkn panas2..peghhh berasap! heee

*nak lebih sedap...boleh pecahklan telur semasa mendidih tu n terus tutup api...kalau guna yee mee pan tu lagi senang..leh pecahkan telur satu-satu.

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Strawberry Milk Shake

Hello...
heeee... ok hari ni mari kita buat minuman pulak yer....mudah sahaja..sedap pon sedap. hari ni kita try buat Strawberry Milkshakes... jom tgk resepinya.

Strawberry Milkshake


PIC FROM GOOGLE IMAGE

Bahan-bahan:

1 paket buah stawberry (7-8 biji)
2 cawan susu segar
1 cawan aiskrim perisa vanilla
Gula secukup rasa
Sedikit ketulan ais

Cara membuat
Belah 2 buah strawberry,
Masukkan strawberry, susu segar, aiskrim dan sedikit gula ke dalam blender,
blend sehingga hancur
Masukkan ke dalam gelas dan letaklah sedikit ketulan ais.


*kalau tak nak letak aiskrim pun xpe...ikut selera masing2 yer.

So, Selamat mencuba


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Sup Sayur Sihat

Hello..
Today meh kita buat resepi kesihatan pula yer kawan-kawan..heee...
ni resepi untuk sesiapa la nak berdiet kan..malam2 kalau xmo makan yang berat2....kalau hari2 makan salad so boring jugak kan..so pekata kalau kita buat sup! haa... sup kurang minyak..
Today nak share resepi :

Sup Sayur Sihat

pic from google image

Bahan-bahan

Sedikit kubis
1 biji petola
2 biji cili merah
1 biji carrot (lobak merah)
sedikit brokoli
1 Batang Saleri
3 batang sawi
1 paket jagung muda
3 biji tomato cherry
Serbuk/ pati ayam/ secukup rasa
serbuk lada putih
minyak sedikit
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
Bebola Ayam -ikut suka berapa banayk (chicken Ball segera)
Beberapa ekor udang (kalau suka)
Air
Cara Membuat

Panaskan periuk dengan sesudu miyak, masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih yang telah di cindang halus.Kemudian masukan air.
Masukkan sayur sayuran yang lambat empuk dulu macam carrot,batang saleri dan jagung muda.Biarkan mendidih sekejap.
Masukkan udang, dan sayur-sayuran lain.petola, Kubis, sawi,brokoli.Masukkan Chicken ball...biar hingga mendidih.Masukkan serbuk pati ayam, garam sedikit (kalau suka).sedikit serbuk lada putih.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.Last sekali barulah masukkan tomato cherry dan cili merah. Dan tutup api.Dah siap!!

*Tak perlu masak lama-lama yer, nanti kalau sayur dah terlalu layu hilang zat dia.

*Boleh makan terus cam tu jek.Kalau bg uOls yang tak berdiet tu, boleh la makan dengan nasi, mee,pasta atau pun roti.heeee

So, Selamat Mencuba

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Ayam Goreng Kunyit 'Sentap' AkulahYash

Hello..
ok..hari ni...nak share resepi lagi yer..kali ni masakan ayam pulak..dapat idea dan inspirasi dr dekyash yer uOlss...nama masakan dia ialah...taaadaa..
Ayam Goreng Kunyit Sentap AkulahYash ha panjang nak meninggal ok nama masakan ni hahha...tp sangatlah mudah dan sedap...walllah..tak caye? moh la kita cuba try test tengok jappp...

Ayam Goreng Kunyit 'Sentap' AkulahYash

pic dari google

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit rempah/ serbuk kari
sedikit garam
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
beberapa batang kacang panjang
minyak (untuk menggoreng)

Cara Membuat

Potong ayam...ikutlah sama ada nk besar2 atau nk potong kecik2 kan..gaulkan ayam tadi dengan serbuk kunyit, serbuk kari, garam..perap sekejap.
Lepastu panaskan kuali dengan sedikit minyak...masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng hingga kekuningan dan agak2 garing....masukkan kacang panjang yang telah dipotong, cili merah yang dipotong serong-serong.(kalau kering sangat, masukkn sedikit air) gaul hingga sebati.
Dan last sekali masukkan bawang besar yang dipotong buiat2..kacau sekejap dan tutup api.
Dah boleh makan hee..

*pastikan uOls goreng2 dengan perasaan SENTAP yer..hahahha br leh panggil 'Ayam Goreng Kunyit Sentap AkulahYash'..wakakka..gurau..;p

So selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti John Mudah Sangat

Hello...Good Morning!! eh...Afternoon da...heee

Selalu kalau bangun pagi-pagi mesti terfikir apa lah yang di makan kan? kalau dah hari2 asik dengan roti bakar, kompem la boring right? haa. apa kata kali ni kita modifait sket lah roti tu...tak payah nak bakar sangar lah kan..heee..kita buat ala-ala roti john tu nak nak?? hee.. let's tengok resepinya.


Roti John Mudah


Bahan-Bahan

2-3 keping roti (empat segi tu)
Setongkol ikan sardin (nak guna tuna yg da siap pon boleh)
1 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (bersaiz sederhana)

Cara Membuat

Hancurkan ikan sardin/ tuna tadi kedalam mangkuk, masukkan 1 biji telur ayam, gaul hingga rata. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
Kemudian masukkan kan pula hirisan cili merah dan bawang besar yang telah dipotong dadu...kacau hingga rata.

Panaskan kuali leper dengan sedikit miyak/ mentega.
Letakkan bahan tadi keatas roti dan goreng hingga garing (masak).
Bila dah siap, boleh la dihidangkan dengan sos cili dan mayonis...nyummehh...

*kalu tak mahu goreng, uOlss juga boleh bakar menggunakan sandwich toaster.kapitkan dua keping roti dan bakar..nak sedap lagi, Uols boleh jugak letak kepingan Cheese kat atas tu...biar dia cair,,,fuuhhh..yum-yum yummehh

So, Selamat Mencuba..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beef Lasagna Simple

Bismillah...

hello...
Today nak share satu resepi yang dah banyak kali jugak lah aii try...memula buat tu mang la xberapa nak menjadi sangat...hee..tp bila dah try kali ke 2, 3 n seterusnya..Alhamdulillah..menjadi ok...and my kak long siap request lagi tu suruh buat heee (nampak tak aii pandai masak kat situ?) wahahha POYO!

kali ni nak share resepi Lasagna...korang mesti pernah makan kat..ala yg dekat Pizza tu hee..tp yg ni lain skit lah..aii ambil dari blog Cik Neyra.

Beef Lasagna

pic dari google image

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 300g daging cincang Ramli Brand

* 1 botol sos spagethi (Tomato)

* 2-3 batang celery

* cendawan butang (sukahati uOls nk banyak mana)

* 2 biji tomato (potong dadu)

*capsicum (potong dadu)

* 1 biji lobak merah (dihiris halus)

* 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)

* 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)

* 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)

* Sedikit lada sulah

* Garam secukup rasa

* Gula secukup rasa

* Sekotak Instant Lasagna (brand San Remo)

* 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)

* 2 sudu besar mentega

* 4 sudu besar tepung gandum

* 1 peket Mozarella cheese (115g)

* 1-2 cawan susu

* Sedikit garam untuk perasa


Cara-cara

1. Panaskan oven 180 C

2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.

3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.

4. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.

5. Masukkan sos spagethi, dan sedikit gula jika perlu.

6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

7. Sediakan sauce pan, panaskan.

8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.

9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.

10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.

12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.

13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)

14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
*Ok dah siap!! boleh la hidang makan panas2...uOls jugak boleh tukar sos tu, kalo xmau gn yang tomato, uOls boleh tukar dengan sos Carbonara and boleh tukar daging dengan seafood lain macam udang, ayam,isi ketam dan sebagainyer ok..nyuummehh.

So, Selamat Mencuba..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ikan Salmon BerYogurt

Hello...
Ok resepi yang ketiga untuk hari ini....semangat giler ok update blog ni.Bukan apa, acttually i just copy n paste dari blog aii yang lagi satu tu. Blog ni ha
eiyda.

Resepi yang ketiga ni sangat-sangat lah senang dan mudah. Sesiapa pun boleh try buat tau. Rasanya sangat sedap dan banyak khasiatnyer.Nak2 untuk uOls yang tengah berdiet sakan tu yer heee

Ikan Salmon Bakar Beryogurt

pic cilok from google image
Bahan-bahan

2-3 keping ikan salmon (ikut pada berapa orang nak makan)
150-200 gram yogurt natural (asli)
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Serbuk cili (kalau suka pedas)

Cara Membuat

1. Panaskan kuali / oven
2. susun ikan kedalam dulang
3. taburkan garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
4. ratakan yogurt ketas ikn tadi
5. bakar sehingga masak/keorengan.
6.keluarkan dan boleh la dihidangkan dengan salad, tomato.

*nak makan cam tu je pun boleh, nak buat lauk ngan nasi pun boleh, nak makan dengan pasta, roti pon boleh,,ikut kesukaan hati uOls lah yer...

Selamat mencuba...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Stew Ayam Ringkas

Hello..heee oleh kerana aii bosan, xtau nak buat apa.So dengan kerajinan dan semangat wajarnyer ececeh..ai nak update lagi satu resepi. Resepi ni pun sangatlah mudah dan sedap..apa dia? jeng2..jom tengok !

Stew Ayam Simple


Bahan-bahan

Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)

1 ulas bawang besar

3-4 biji Bunga cengkih

Bunga lawang

kulit kayu manis

air

lada sulah

garam secukup rasa

2 biji ubi kentang

1 biji lobak merah

sedikit tepung jagung +sedikit air

Cara-cara Membuat

Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.

Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang uOls nak).

Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).

masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)

Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi). Ikut kesukaan uOls samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.

Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.



Selamat Mencuba yer...heeee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fruits Cocktail Mudah

Hai semua....apa khabar? sehat ke tidak? heee...
Ok..ini my first resepi dekat my new blog ok..

Resepi paling mudah, senang , cepat dan LAZAT!! nyummehh..

Resepi hari ni, ialah Koktail buah-buahan atau dalam bahasa inggerisnya kita panggil

Fruits Cocktail.


Bahan-bahan

1 tin buah dalam tin (fruits cocktail)
1 tin susu cair/ susu segar
3 sudu besar gula
ais ketul
sedikit air

Cara Membuat

Bancuhkan 3 sudu gula kedalam bekas.... masukkan 1 tin buah cocktail tadi, masukkan juga 1 tin susu cair/ susu segar. I lebih suka guna susu cair, sebab rasa dia lebih lemak dan warna dia lebih cantik.Masukkan ketulan ais tadi dan sedikit air (kalau terlalu pekat).. siap!

*kalau uols tak suka guna ais ketul, takut dia akan rasa tawar bila ais tu cair.Uols boleh bancuh kesemua bahan-bahan tadi, lepas tu masukkan kedalam freezer..biar dalam setengah jam ke, baru dihidangkan.Makan sejuk2 memang best!

So..selamat mencuba ya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS